Nuridayu dan Mohd Riduan disambut Abdul Azeez (kanan) sebaik tiba di KLIA.
Sepang: “Saya belum fikir apa-apa persiapan untuk Aidilfitri sebaliknya
mahu memulihkannya (isteri) terlebih dulu,” kata Mohd Riduan Abd Razak,
43, suami kepada Nuridayu Aziz, 34, yang dilarikan lelaki warga
Indonesia ke Surabaya, Jawa Timur pada 22 Jun lalu.
Katanya, ketika ini isterinya belum pulih sepenuhnya dan tidak
dapat menceritakan dengan lebih lanjut mengenai kejadian menimpa.
Menurutnya, dia terpaksa berhenti kerja sebagai juruteknik cari
gali di sebuah syarikat petroleum di Qatar bagi memberi tumpuan penuh
untuk memulihkan keadaan isterinya itu.
“Saya kena berehat dulu buat sementara waktu sebelum merancang untuk mencari pekerjaan di Malaysia supaya boleh memberi tumpuan kepada isteri dan anak-anak.
“Buat masa ini, dia (isteri) hanya mahu bertemu tiga anak kami iaitu Nor Athirah, 10; Najihah, 7, dan Mohd Hizal Hamzi, 6, yang terpisah sejak 26 hari lalu,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
Sumber : Harian Metro

3 comments:
assalam kak....nape ngan wife die?? kena buat orang ke.
ini kes yang masuk surat khabar tu kan kak ?
Yatie Fizzy: Dibawa lari le lombok
Syuk Shusuke : Yup.. :)
Post a Comment