18.7.13

'Saya Mahu Pulih Isteri'..

Nuridayu dan Mohd Riduan disambut Abdul Azeez (kanan) sebaik tiba di KLIA.
 
Sepang: “Saya belum fikir apa-apa persiapan untuk Aidilfitri sebaliknya mahu memulihkannya (isteri) terlebih dulu,” kata Mohd Riduan Abd Razak, 43, suami kepada Nuridayu Aziz, 34, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Surabaya, Jawa Timur pada 22 Jun lalu.
 
Katanya, ketika ini isterinya belum pulih sepenuhnya dan tidak dapat menceritakan dengan lebih lanjut mengenai kejadian menimpa.
Menurutnya, dia terpaksa berhenti kerja sebagai juruteknik cari gali di sebuah syarikat petroleum di Qatar bagi memberi tumpuan penuh untuk memulihkan keadaan isterinya itu.
“Saya kena berehat dulu buat sementara waktu sebelum merancang untuk mencari pekerjaan di Malaysia supaya boleh memberi tumpuan kepada isteri dan anak-anak.
 “Buat masa ini, dia (isteri) hanya mahu bertemu tiga anak kami iaitu Nor Athirah, 10; Najihah, 7, dan Mohd Hizal Hamzi, 6, yang terpisah sejak 26 hari lalu,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Sumber :  Harian Metro

3 comments:

Yatie Fizzy said...

assalam kak....nape ngan wife die?? kena buat orang ke.

syuk shusuke said...

ini kes yang masuk surat khabar tu kan kak ?

wawa_addien said...

Yatie Fizzy: Dibawa lari le lombok
Syuk Shusuke : Yup.. :)