22.8.13

Syawal 2013..

As Salam dan Salam 15 Syawal. Masih tak terlewat rasanya utk mengucapkan Salam Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin. Syawal kali ini agak berbeza dari thn sebelumnya. Tidak terasa kemeriahannya kerana tok sedang sakit. Sehingga kini masih berada di Wad ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Tok telah dimasukkan ke wad 2 hari sebelum Syawal. Pagi Syawal, setelah menunaikan solat, kami semua terus ke HTF.


Melawat dan memohon kemaafan dari tok. Terasa syahdu sgt2. Lps tu, terus ke kubur utk menziarahi arwah abah dan kaum keluarga yg lain. Ku mohon pada Mu Ya Allah..ampunilah dosa tok. Seandainya sudah tiba masanya..semoga dipermudahkan. Kami redha menerimanya..Utk arwah abah..ketahuilah, kami semua sentiasa merinduimu. Semoga abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman, aman dan tenang disana..aminn..Al Fatihah.