As Salam dan Salam 27 Ramadan. Ptg semlm Wawa mengunjungi pusara anakanda yg tercinta Allahyarham Muhammad Aidil Amshar bin Mohamad Shaifuddin yg telah pergi menemui Ilahi pada 26.10.2009. Hampir 4 thn dia meninggalkan kami, rasanya bagai baru semlm. Kunjungan kali nie berbeza kerana membawa adiknya Adelia Darwisya yg berumur 1 thn 5 bln. Hairan si kecik tu bila diberitahu yg itu kubur abangnya. Masih tidak faham tetapi apabila En Asben mula menbaca doa, dia terus mengangkat tgn dan mengaminkan setelah selesai. Alhamdulillah..da pandai si kecik nie. Utkmu anakku Allahyarham Muhammad Aidil Amshar..ibu, abah, adik dan semua keluarga amat menyayangi dan merinduimu. Semoga kamu aman dan tenang di sana..Al Fatihah..
Hilangkan perut buncit dengan cepat !
1 day ago
4 comments:
Al-fatihah
alfatihah
al fatihah kak..
terima kasih semua..
Post a Comment