As Salam..
Menerima berita melalui emel yg amat menyedihkan pd pg nie
Dimana anak2 kpd Puan Noraini binti Rosli, kakitangan
JPN Kamunting telah terlibat dalam kemalangan.
Bersediakah kita jika menerima berita itu???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Datu/Tuan/Puan,
Untuk makluman semua rakan-rakan dan sahabat di JPN Seluruh Malaysia, seawal 7.30pagi tadi, dikhabarkan anak-anak kepada seorang kakitangan JPN Kamunting, Perak iaitu Puan Noraini Binti Rosli, PAP N1 telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan ke sekolah di Perlis. Basikal yang dinaiki dua beradik itu telah dilanggar lari oleh sebuah kereta proton. Akibat kemalangan tersebut, anak bongsu Puan Noraini iaitu Nur Aleya Batrisha berusia 6 tahun telah meninggal dunia manakala Nur Fatin Nabila berusia 10 tahun cedera parah. Kedua-dua anak Puan Noraini bersekolah dan tinggal dengan bapanya di Perlis.
Berita malang tersebut diterima oleh Puan Noraini ketika beliau telah sampai ke pejabat untuk mulakan tugas. Sejurus menerima perkhabaran tersebut, kakitangan JPN Kamunting Puan Aisya Normi bersama suaminya membantu bergegas menghantar Puan Noraini ke Hospital Kangar, Perlis. Di pagi 2 Ramadhan yang hening, tangisan dan raungan seorang ibu begitu amat menyedihkan sehingga tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Jesteru itu, sama-samalah kita mendoakan agar roh anak bongsunya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.....dan seorang lagi anaknya yang sedang dirawat di ICU Hospital Kangar, Perlis selamat. Jenazah masih di Hospital Kangar, Perlis dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mata Ayer, Perlis.
Sekian...
Utk makluman. berita ini juga telah disiarkan di KOSMO Online

dgn tajuk "Murid tadika maut dilanggar ketika ke sekolah".
2 comments:
subhanallah...al-fatihah ..takziah untuk keluarga arwah..
inalillah , takziah kepada keluarga beliau...
Post a Comment